INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Kursus pengurusan jenazah (Program Pasca PMR 2012)



  Pengurusan Jenazah Satu Kefarduan

  1. Perkara yang wajib disempurnakan oleh orang hidup terhadap jenazah;
(i)                 Memandikan.
(ii)               Mengapankan.
(iii)             Menyembahyangkan.
(iv)             Mengebumikan.

  1. Hukum menguruskan jenazah adalah fardu kifayah  .
     3. Memandikan jenazah ialah meratakan air ke seluruh badan jenazah untuk menghilangkan najis dan  
         mengangkat hadas. 
     4.  Tujuan memandikan jenazah ialah membersihkan najis, kotoran dan hadas. 
     5. Cara memandikan jenazah;
(i)                 Bersihkan najis pada badan.
(ii)               Ratakan air ke seluruh badan hingga bersih.
(iii)             Mewudukkan jenazah seperti wuduk solat.

  1. Air untuk memandikan jenazah hendaklah dicampur dengan daun bidara dan kapur barus supaya berbau harum dan sebagai bahan pengawet untuk mengeraskan tubuh jenazah dan supaya tidak cepat busuk 

 
 7. Mengapankan jenazah ialah menutup seluruh tubuh jenazah sebagai menjaga maruah dan kehormatan. 
     Cara mengapankan jenazah;
(i)                 Jenazah lelaki dikapankan dengan tiga lapis kain putih dan jenazah perempuan dikapankan lima lapis kain putih yang ditaburkan haruman.
(ii)               Merenjiskan sedikit bau-bauan atau wangian pada kain kapan.
(iii)             Jenazah lelaki harus dipakaikan baju dan serban manakala jenazah perempuan harus dipakaikan telekung.
8. Seseorang yang meninggal dunia semasa ihram hendaklah dikapankan dengan pakaian ihram. Kepalanya
     tidak ditutup dan tidak boleh ditaburkan dengan haruman. 
9.Hikmat mengapankan jenazah;
(i)                 Memelihara kemuliaan jenazah.
(ii)               Memberi keinsafan bahawa manusia adalah sama di sisi Allah SWT kecuali orang yang bertakwa.
10.Tujuan solat Jenazah ialah untuk memohon keampuan dan keredaan serta rahmat Allah SWT untuk
     jenazah.
11. Syarat-syarat sah solat Jenazah;
(i)                 Jenazah telah dimandikan dan suci daripada hadas.
(ii)               Jenazah telah dikapankan.
(iii)             Mengadap kiblat.
(iv)             Jenazah berada di hadapan orang yang solat kecuali solat Ghaib.
12.Rukun solat Jenazah;
(i)                 Niat.
(ii)               Berdiri bagi yang berkuasa.
(iii)             Empat kali takbir termasuk takbiratul ihram.
(iv)             Membaca surah al-Fatihah.
(v)               Berselawat ke atas Nabi.
(vi)             Mendoakan si mati.
(vii)           Memberi salam
 

   13. Mengebumikan jenazah.
  1. Cara mengebumikan jenazah;
(i)                 Kubur digali dengan kedalaman yang sesuai agar tidak berbau dan tidak boleh dikorek oleh binatang buas.
(ii)               Jenazah dimasukan ke dalam liang lahad dengan baik dan berhati-hati.
(iii)             Kedudukan jenazah hendaklah secara mengiring di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat.
(iv)             Tanah kubur ditinggikan sejengkal.

  1. Tujuan mengebumikan jenazah ialah;
(i)                 Supaya bau mayat tidak menganggu ketenteraman orang ramai.
(ii)               Supaya mayat tidak dimakan oleh binatang buas.
  1. Hikmat mengebumikan jenazah; (i)                 Agar tidak dimakan oleh binatang buas.
                                        (ii)               Memuliakan jenazah orang Islam.

Syukran Jazilan kepada penceramah undangan ustaz Kamal Bin Salan  dan semua yang terlibat dalam menjayakan program pasca PMR 2012 SMK Sungai Besar. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...