INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Gaya Rambut

Gaya rambut

Alkisahnya dari lahir sehingga usianya 6 tahun tak pernah bergunting rambut di kedai gunting.  Pernah satu ketika ayah terpaksa dukung Amal untuk digunting rambutnya oleh tukang gunting. sangaaat susah..sejak itu tak kuasa dah ayah nak bawa bergunting rambut di kedai lagi..Sebenarnya dia sangat sensetif dengan bunyi mesin gunting rambut. Itu la punca dia tak selesa dan asyik gerakkan kepalanya semasa mesin tu berada di kepalanya

kalau rambut Amal dah panjang je ibu akan ambil gunting dan sikat untuk operasi menggunting rambut.  seisi rumah akan dikerahkan untuk memegang seluruh tubuhnya supaya tidak bergerak dan akan menyukarkan proses menggunting rambut nanti.  Bunyi macam zalim ye..tapi itulah caranya untuk membereskan tugasan kalau tidak dia akan berlari atau berguling atas lantai. lagi tak larat ibu nak mengejarnya tak pasal pasal ibu tergolek atas lantai..lagi haru biru..

Gambar ni masa belum berani gunting rambut lagi so rambutnya panjang..


 


Sekarang dah berani.., happy semacam je bila diajak gi gunting rambut. Depan cermin dia akan tersenyum-senyum. Setelah selesai gunting rambut pasti dia akan pegang kepala .halusss
Next day ke sekolah Cikgu Roslina kata" wah! Fawwaz rambut baru.."

Sekarang rambut Amal tak pernah panjang lagiii. Ibu pun senang hati tak perlu tension pasal nak hambat Amal gunting rambut..Syukur Alhamdulillah..




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...