INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Kulit Karipap gebuz

Sepetang mengikuti kelas masakan di kedai roti dan kek Aisyah Amna ...kalau orang nak pelekeh belajar wat karipap mak long tak kisah la beb..yang penting mak long nak upgrade skill memasak je..masalahnya bila buat kulit karipap mesti menggerutu macam kulit katak . kalau dah sejuk pasti liat. insyaallah selepas ini tidak begitu.

Kulit karipap yang maj long dok belajar ni memang laziz..tak caya try buat sendiri .

Resepi nya

1 kg tepung
200 gm minyak masak dan 2 sudu majerin
Air sejuk dan garam

Cara membuatnya

1.  Masukkan tepung dalam bekas.
2.  Panakan minyak dan majerin
3.  Masukkan dalam tepung
4.  Ramas-ramas manja 
5.  Masukkan air dalam  adunan tepung  dan sedikit garam
6.  Uli adunan hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di tangan.
7.  Bulatkan kecil-kecil kemudian buatlah seperti karipap yang biasa tu.

# kenapa mak long tak bagi resepi inti karipap?  Sebab mak long cuma nak belajar buat kulit karipap yang gebus dan mulus je petang tu.

Inilah hasilnya.....jemput makan semua.



2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...