INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

IBADAH KORBAN AMALAN MULIA


PENGERTIAN

Korban ialah menyembelih binatang ternakan ( Al-an’am ) pada hari Raya Aidiladha atau hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah.

 HUKUM Sunat muakad-bagi orang Islam yang mampu dan Wajib-bagi orang yang bernazar

WAKTU KORBAN Selepas solat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah sehingga hari tasyrik ke 3 (11,12 dan 13 zulhijjah)

 SYARAT SAH KORBAN
 i. Binatang al-An'am (seperti lembu, kibas,kambing, unta, kerbau).
 ii. Binatang yang sihat dan tiada kecacatan.
 iii.Binatang cukup umur .
iv. Di sembelih oleh orang Islam .

 PERKARA SUNAT KORBAN
 i. Membaca basmalah
 ii. Berselawat
 iii. Menggunakan alatan tajam
 iv. Menghadap kiblat
 v. Bertakbir
 vi. Mengorbankan Binatang yang gemuk dan sihat

 CARA PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN
 Daging korban sangat afdal diberikan dalam keadaan mentah kepada fakir miskin Islam.
 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah.
 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan.
 1/3 daging dimakan oleh orang yang mengorbankan binatang tersebut.

 HIKMAH KORBAN
 i. Mengingati dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
 ii. Memberi peluang fakir miskin menikmati daging korban
 iii.Menimbulkan rasa kesyukuran kepada Allah
 iv. Memupuk sifat ikhlas dan menambah taqwa
 v. Memupuk semangat berkorban menegakan syiar Islam
 vi. Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...