Sangat besar pengaruh media massa kepada remaja terutamanya televisyen. Ghalik anak-anak menyaksikan pertunjukkan silap mata yang ditayangkan..ah.. tak ingat pulak program apa dan channel mane..tapi tag mark dia fuyooo magic.
Sanggup keluarkan pocket money sendiri semata-mata nak beli buku silap mata dan barang-barang berkaitan.
Idolanya adalah Amar. yang seronok sangat tu apabila dia dapat berjumpa secara live dengan Amar semasa hadir ke sekolah untuk program motivasi.
Selepas PMR aktiviti sambilannya ialah mengadakan pertunjukan silap mata di dalam kelas. maka riuh rendahlah kelas dibuatnya .
Semakin membukit kata nasihat dan sindiran daripada ibu dan ayah semakin menggunung pula minatnya untuk mempelajari teknik silap mata.
selangkah setapak kehadapan sanggup la pulak order barang kat internet. makin bertambah la koleksi barang-barang silap mata dia
Harap-harap angin silap mata tu singgah sekejap cuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan