INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Roti canai

Nak buat roti canai yang sedap dan lembut ibu tak pandai.  Tapi Adib sangat menggemari roti canai. 

Kalau di pekan Sungai Besar kedai yang kerap kami terjah untuk mendapatkan bekalan roti canai Adib ialah di Madinah Restoran. ( jauhnya...)

Roti canai segera yang banyak terdapat di pasaran Adib tak minat pulak.  keras katanya..ada-ada aje lah.

Masalah besar Adib ialah apabila pergi ke tempat orang.  Dimana nak cari roti canai. 

Pernah semasa Adib ikut ibu pergi lawatan ke Melaka, ibu terpaksa menapak berbatu-batu jauhnya untuk mencari gerai roti canai yang berhampiran tempat kami menginap namun usaha itu tidaklah sehebat usaha pencarian air di tengah padang pasir oleh Siti Hajar mencari air untuk puteranya Ismail Alaihissalam..Allahu akbar..

Adib dan roti canai memang tak dapat dipisahkan .  sekali santap mampu menghabiskan 4 keping roti canai.

walaupun tak pernah makan nasi sejak kecil tapi mantain makan roti canai..ini menyebabkan ibu tambah bersemangat nak mempelajari teknik membuat roti canai..tak de ke roti canai yang tak perlu tebar-tebar? ibu tak sukee buat camtu...


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...