INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

TIPS SUPAYA TIDAK TER"MISS "MAJLIS WALIMATUL URUS

Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak anda ter"miss " (OME-oh my english) untuk menghadiri kenduri kesyukuran atau kenduri kawin kawan-kawan mahupun saudara mara? Kalau tersengih-sengih tu pasti pernah kannn.

Ikuti kisah ini...

Kisah 1

Suami: kenduri rumah si fulan
             berapa haribulan?
Isteri  : entah tak ingat..

Kisah 2

Ayah   :  mana kad jemputan atas
               meja hari tu?
Anak   :  adik dah gunting-gunting.

Kisah 3

Tetamu :       hello... kat mana ko buat
                      kenduri?Dah sampai
                     rumahn ni .lengang je..
Tuan
rumah  :        Ada,mari datang ke
                      dewan..

Kisah 4

Kawan 1: jom kita pergi sesama
                kenduri rumah A
Kawan 2: ha ..bukan ke kenduri
                rumah dia minggu lepas.

Cukup lah tu...Itu hanyalah  sebahagian daripada kisah masyarakat. Namun kisah kisah yang tertulis dalam entri ini adalah kisah benar. sambil menaip mak long tergelak sorang-sorang seperti kureng siuman lagaknya...amit..amit nauzubillah..gurau aje..

Memandangkan perkara sebegini kerap terjadi dalam kehidupan kita maka mak long terpanggil untuk menulis entri berkaitan perkara ini.

Hari ni mak long nak bagi tips supaya tidak terlepas  majlis walimatul urus. 
Sekadar untuk share sahaja...

1. Pandang muka orang yang
    menghantar kad jemputan dan
    bercakaplah  seketika.  (kalau
    encik posmen yang hantar tak
    payah la)

2. Letak di tempat yang khas dan
     mudah di lihat.( lekat kad pada     
     notis board atau tempat letak
     surat )

3.  Susun mengikut tarikh.

4.  Bagitau pasangan tentang
     jemputan tersebut.

5.  Tulis pada buku catatan..( tapi tak
     perlu kertas minit dan cop
     bagai... maklumlah SU.)

6.  Reminder di handphone..(tak
     perlu  telefon canggih)

7.  Sering jenguk kad-kad tersebut .
     Terutamanya pada hari khamis
     atau jumaat.

Aduhai ..penat tol jari telunjuk mak long menonyoh huruf-huruf pada muka galaksi beam ni..

Mudah- mudahan bermanfaat...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...