INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Tatlet buah-buahan


Assalamualaikum w.b.t kabare?mugo-mugo di paringi waras yo..amin...
Hari ni cuti sempena Deepavali.  tapi tak terasa pun sebab mak long memang dah cuti...yang raya depa la..
Mak long nak main tepung hari ni.
Hari ni sepupu suami mak long nak akad nikah..so mak long ada makanan sedap nak buat ni..pepagi round sg besar cari barang nak buat benda ni.
Meh tengok betu-betul kang tak jadi pulak..
Bahan-bahan untuk shell
4 cawanTepung gandum
1/2 ketul Butter
1 sudu gula castor
1 Biji Telur
Majerin secukupnya.
Cara-caranya
1.  Ramas tepung dengan butter.
2.  Bancuh telur dan gula kemudian
     terjunkan dalam tepung.
3.  Bubuh majerin dan uli hingga
     tidak melekat di tangan.
jika sudah siap tekan-tekan dalam acuan tat. Kemudian bakar dengan suhu 160 darjah selama 20 minit.
Kalau malas nak buat sendiri beli je shell yang dah jadi..Ada di jual di kedai kek Aisyah Amna
Bahan - bahan untuk cream
# Boleh copy dan paste krim
   diplomat dalam entri cream puff
    laziz..
Buah- buahan seperti strawberry , kiwi, anggur dan lain-lain

  Ramas- ramas mesra gitu..

Uli sehingga jadi doh
 

tekan dalam acuan






Siap sedia untuk delivery..

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...