Assalamualaikum w.b.t
Hari ini 12 APRIL ..maka dah 2 hari mak long memandu kereta tanpa lesen memandu..Alhamdulillah selama tempoh itu tak pernah kantoi..
Kebetulan lepas solat jumaat tadi mak Long dan" Habibi " pergi ke Sabak Bernam . sudah melepasi kompleks JPJ di Tebuk Pulai pun mak long masih lupa nak singgah untuk me'renew' lesen memandu.
Manakala dalam perjalanan pulang pun mak long masih terlupa lagi untuk singgah di JPJ. sehinggalah melepasi lampu isyarat berwarna HIJAU tiba-tiba Allah s.w.t beri ilham kepada mak long . Puas menepuk peha "Habibi" supaya singgah di kompleks JPJ untuk me"renew" lesen memandu mak long...
Persona berwarna Blackberry yang sedang meluncur laju penangan lampu isyarat HIJAU terpaksa membuat pusingan U , manakala pemandunya cemberut memasamkan muka macam sup bunjut..he he. Memang pantang betul "pak we" ni kalau ke destinasi yang tidak dirancang..Mak long dah lali tapi hanya mampu buat bodoooo je. Dah memang salah sendiri pun..tadah je le..
Setelah mengambil nombor giliran mak long hulur lesen memandu dan RM 50 pada" Habibi" untuk diserahkan pada pegawai JPJ di kaunter. Ingatkan nak renew lesen untuk 1 tahun RM 30 sahaja tapi menurut pegawai tersebut jika sudah lewat dari tarikh lesen mati kita kena renew untuk 2 tahun.so kena bagi RM 60 ..oh gitu pulak ..baru mak long tahu.
Tanpa berfikir panjang "Habibi" pun renew lesen memandunya yang masih "hidup" selama 2 bulan lagi ..mungkin bagi mengelakkan lupa juga kot..
Pengajaran ..Jangan Lupa Lagi...
TUAN RUMAH
INGATAN BUAT DIRI INI
"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
YANG MANA SATU
- Bahasa Arab (4)
- buku (2)
- Cerita Ayah (1)
- cuba teka (1)
- DIY (4)
- GIVE AWAY (3)
- ingatan (17)
- ingin tahu (5)
- jalan-jalan (21)
- kelab buku kita (3)
- Keluarga (12)
- KEMAH KEMING UAI (3)
- kenali tumbuhan (6)
- khasiat (4)
- Kisah Adib (5)
- Kisah Along (11)
- kisah Angah (1)
- kisah tuan rumah (23)
- kompang (6)
- KURSUS BINA TAQWA (2)
- Lain-lain (32)
- macam-macam Amal (28)
- NOTA PAI TINGKATAN 4 (3)
- NOTA PAI TINGKATAN 5 (1)
- peanut candy (1)
- pemanggang ajaib (1)
- PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 (1)
- PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 (1)
- petua (4)
- ppim (11)
- pujuk hati (4)
- Rajawali (3)
- sahabat (1)
- sedap (78)
- Sekolah (36)
- TAKWIM (2)
- ucapan (5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan