Assalamualaikum w.b.t
Ummi Aiman me'roger' ketika hari dah lewat malam. katanya hari jumaat akan diadakan majlis makan-makan untuk meraikan diri sendiri .
Mak long pun termenung sejenak..apa kah juadah yang patut dibawa untuk majlis itu esok ..
Teringat dalam gerobok ada sepeket agar-agar..dapat dah idea..tapi nak buat agar-agar apa pula..fikir lagi..
Buka pula ice box..mak long jumpa choclate bar lebihan homemade choclate tahun lepas..YES..idea mariiiiii..mari rujuk resepi agar-agar tersebut.
Resepinya
sepeket agar-agar.
Air
gula(ikut suka)
choclate bar( mak long suka Beryles)
Cara-caranya
1. Basuh agar-agar dan Rebus dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula
3. Masukkan chocolate bar
4. Tuang dalam acuan kegemaran .
# Mak long tiada sukatan untuk air..biasanya mak long akan bubuh air sehingga agar-agar terendam ..agak-agak 6 -7 cawan.
ok selamat mencuba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan