Assalamualaikum w.b.t
Alkisah bermula sebab hari ini mak long tak masak menu tengahari sebab niat hanya nak makan di rumah jiran yang buat walimatul urus anak perempuanya.
Apabila perut berkeroncong itu tandanya perlu diisi.
oleh kerana cookies maker fever masih melanda so masuk office intai bekas tepung gandum hanya tinggal segenggam lebihan buat mee telur malam tadi.
Yang ada tepung roti..Apa lagi berterapi la mak long petang ni dengan falcon cookies maker.
Resepi
500 gm tepung roti
6 sudu besar gula halus
4 sudu besar susu tepung
2sudu kecil yis kering
250 gm tepung roti
50 gm butter
2 biji telur
30 gm bread improver
Cara membuatnya.
1. Masukkankan tepung,bread
improver, telur dan butter .
2. masukkan yis kedalam air yang di
campur dengan gula dan susu
tepung. biarkan yis hinga berbuih.
3. Tuangkan ke dalam adunan
tepung dan set mix dan on suiz
mesin.
4. Apabila telah rata gaulan mesin.
keluarkan adunan dan uli
seperti membuat roti biasa.
cuba lah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan