Assalamualaikum w.b.t
OTW balik kampung semalam sempat singgah membeli pisang di gerai tepi jalan. Amatlah teruja melihatkan pisang-pisang yang menguning bergantungan..sorry tak snap gambar..sebab lupa bawa handphone .
Habibi Mak long suruh beli pisang tanduk..maka menggoreng pisang tanduk le..Amal dan Adib memang gemar pisang..tak kira apa jenis pisang pun..
cuma style menggoreng tu mungkin ada yang tak berkenan sebab banyak tepung..macam makan jemput-jemput je, tapi ada sebab mak long buat cam tu..
Adib tak makan pisang goreng keseluruhanya..dia hanya akan makan salutan tepungnya sahaja. Dia akan togelkan pisang-pisang goreng untuk dimakan salutan tepungnya. kalau dalam pinggan ada pisang yang togel..tak susah nak cari suspek.
Resepi bancuhan tepung
Tepung gandum
garam
air
serbuk kunyit
minyak
cara
1. masukkan tepung gandum,garam
halus; serbuk kunyit dalam
mangkuk.
2. bancuh tepung gandum dengan
air dan masukkan sesudu minyak
masak
#adunan agak pekat supaya mampu menyaluti keseluruhan badan pisang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan