INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Bunga Hijaiyyah

Assalamualaikum w.b.t

PBS memang menguji kreativiti murid dan guru. Tak percaya?

Tengok apa mak long buat untuk murid kelas Bahasa Arab tingkatan 1 tahun ni.  Mak long DIY bunga hijaiyyah gitu..

Tahun lepas mak long paparkan powerpoint tapi guna laptop.  maklumlah dalam bilik yang disediakan plug banyak tapi  tak berfungsi.  laporan dah dibuat pihak JKR pun dah melawat tapak tapi masih no action..nasib la..nak guna bilik2 lain rasanya cikgu lain lebih memerlukan.

Mak long buat ni untuk  Kemahiran membaca Band 1 iaitu membaca huruf hijaiyyah.  Bunyi macam kacang aje kan. Bagi murid -murid yang tiada asas membaca al-Quran memang letih la..dan bagi murid yang pelat lidahnya..( tahun ni ada sorang ) nak bagi lepas band 1 tak ye? sape nak dirujuk ni...tolonggggg.

Bahan-bahan

kertas warna
Gunting
Gam
lidi
pita pelekat

Ini lah gambar proses membuat bunga hijaiyyah .banyak tau..nanti buat yang bakinya dengan murid-murid di kelas.(agak-agak boleh ngajar pendidikan seni pra sekolah tak?

Layan pic ni..







5 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...