INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Sempatkan juga lah...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah ...walaupun bergelut dengan tugas untuk masa depan anak bangsa sempat kan jugalah  membuat tempahan egg tart daripada ustazah Alwiyah..

Yang seronoknya hari ni dapat tunaikan hasrat seorang jiran yang merupakan rakan sekerja untuk belajar membuat egg tart.  kami buat tart bersama sambil sembang santai dan minum petang di dapur mak long..cewah..sampai lupa nak ambil gambar...

Setelah siap doh ditekan ke dalam acuan dan dituangkan isian telur maka  telah  sedia untuk dibakar di dalam oven.  Tak jemu-jemu 7 orang budak lelaki mengintai  benda yang dok dalam oven tu. Semerbak  harum baunya menusuk hidung.  Bila dah cukup masa masing-masing tak sabar nak mencicipi. ( itu kisah bakaran yang pertama )

Bakaran yang kedua pun begitu juga.lebih banyak jumlah masuk  mulut anak-anak berbanding jumlah  yang sepatutnya masuk dalam bekas.  Jenuh  dok membilang jumlah terkumpul .

Sememangnya dah lama sangat ibu tak buat egg tart . Tu yang anak-anak makan sampai tak boleh nak stop.  Amal suka sangat egg tart sebab warnanya kuning.  Dr pakar kanak-kanak kata kanak-kanak Autisme memang suka warna kuning.  Bila Amal dah  angkut dengan pinggan bawa depan TV ,  orang lain tak de harapan nak ngicak..mengamuk dia ..

Berkat ketegasan dan kebijaksanaan seorang ibu maka jumlah terkumpul egg tart telah mencapai sasaran.  Alhamdulillah..

Buat ustazah Alwiyah sekeluarga didoakan semoga selamat sampai ke Destinasi yang di tuju.



2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...