INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Getik Tempe

Assalamualaikum w.b.t
Masak ape hari ni?  Mak long nak try masak getik tempe.  Resepi bondaku yang tercinta. 
Macamana nak pronouns getik ni..hanya orang yang lidah  jawa sahaja yang boleh pronouns dengan tepat.
Hakikatnya tulisan tak sama dengan sebutan sama macam sebutan kentang , batok dan iwak betik, getuk,kentos, mentel dsb.
Kalau nak ikutkan resepi ni biasa orang buat guna isi ikan  ikan puyu , ikan haruan or ikan keli.  Memandangkan bondaku ngak makan ikan-ikan darat ni so dengan sendirinya try guna tempe kerana almarhumah nendaku adalah seorang saudagar tempe yang tersohor di Kg Jawa Hulu Langat.
Mari semak bahan-bahan
4 bungkus tempe ( RM 1)
3 biju bawang merah
2 ulas bawang putih
5-6 biji cekur
3 biji cili api ( tak makan pedas)
segenggam ikan bilis
2 cawan santan
garam
gula
minyak untuk menumis.
cara-cara
1.  Tempe di bakar ( mak long bakar
     dalam oven je ) kemudian tumbuk
     kasar-kasar.
2.  tumbuk kesemua bahan kecuali
      santan .
3.  panaskan sedikit minyak ke dalam
     periuk dan tumis kesemua bahan
     hingga naik bau.
4.  Masukkan tempe yang telah
     ditumbuk.  dan masukkan santan.
5.   perisakan dengan garam dan gula
6.   kalau dapat daun cekur boleh 
      hiris dan  tabur.
yumm yummn  
 
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...