INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Blog mak long



Blog mak long adalah isi hati mak long . Macam - macam kisah yang dipaparkan di dada blog 'ku mohon rehda mu Allah' adalah sebahagian dari perjalanan hidup mak long setelah berkecimpung dalam dunia blogger sejak beberapa bulan yang lalu.

 Aktiviti berblogging pada mak long adalah semata-mata untuk mengisi masa lapang tetapi aktiviti ini menjadi-jadi apabila mendapat suntikan semangat dari rakan-rakan yang sama minat. ( nak kata pernah bercita-cita nak jadi wartawan tu tidak pulak )

 Seronok juga berblogging ni. kalau tak percaya rajin-rajin lah ziarah blog orang lain kemudian buat basic blog anda sendiri dulu. Tulis la apa sahaja yang anda suka dalam post . Nak cari duit dengan blog pun boleh sangat..( tapi itu bukan lah sasaran mak long tapi kalau Allah nak bagi rezeki melalui blog Alhamdulillah jangan di tolak )

 Mak long jadikan blog mak long ni sebagai rumah mak long ..sesiapa ada hajat yang baik boleh datang ziarah..ahlan wa sahlan..jengok-jengok la... layan diri dan kalau bermanfaat boleh bawa pulang.

Apa juga yang kita lakukan pasti ada ujian dan dugaan. Dalam seronok nak update blog kadang-kadang line internet tak ada pulak..memang frust...ada juga kritikan yang membina ( konon lah ) ape cerita ni?

Seseorang telah sound mak long ketika mak long tengah syok nak snap gambar semangkuk makanan yang nak post dalam blog . " asyik la makanan je "katanya...mak long hanya tutup mulut rapat-rapat sebab dah nak tergelak kang tak pasal-pasal tersembur air liur pada makanan tu. Siapa yang berkata-kata tu ? tentulah Habibi jauzi tuan Haji Mohd Yazid la..Yahooo seronoknya....itu maknanya dia sekodeng blog mak long.....kih kih kih...laaa ..rupanya dia dah terperasan yang blog mak long banyak memaparkan pasal makanan .ye kew ?mak long tak perasan pulak..

 Walau di sound begitu mak long tak kisah .suke je ...kalau tak minat cerita pasal makanan nak baca kisah lain boleh pilih dalam ruangan yang mana satu ..kan..kan..kan...

 Hidup mesti diteruskan.... hidup blog mak long...Allahu Akbar !!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...