Sebagai pembuka bicara jutaan terima kasih kami rakamkan buat Cikgu Roslina Bt Abdullah Maulana serta keluarga kerana menaja lokasi aktiviti petang kami pada hari ini.
Alhamdulillah petang ni kami sekeluarga telah melakukan aktiviti outdoor bersama iaitu memancing ikan di bendang .
Sepanjang hidup selama 42 tahun , inilah first time ibu melakukan aktiviti memancing . Sebagai motivasi ayah belikan ibu joran dan yang bestnya umpan ibu dimakan ikan. Banyak juga ibu dapat ikan puyu walaupun kecil-kecil saiznya.
pemancing -pemancing pada petang ni semuanya dapat ikan kecuali Adib. tak de rezeki ..tapi tidak mengapa jangan mudah putus asa lain masa kita memancing lagi ...mana tau ada rezeki .
Memang berbaloi-baloi aktiviti memancing ikan jika dilakukan bersama keluarga tercinta selain dapat mengeratkan kasih sayang diantara ahli keluarga ia juga dapat menambahkan rezeki keluarga.
Bagi kami sejumlah ikan yang kami perolehi kami jadikan hidangan istimewa makan malam kami. Terima kasih Along dan Angah kerana menyiang ikan . Ibu hanya perlu masak sahaja. menu kami malam ini ialah sambal goreng ikan puyu. Alhamdulillah dah licin hinggakan nak snap gambar pun tak sempat.
Bestnya...paling tak sangka...nk pulak ajid ikut ye...
BalasPadamdia tak percaya akak betul-betul nak mancing kot he... he...
PadamTuan rumah mmg mengalu-alukn kedatangan kawan2...
BalasPadamUiks...tanpa nama plk...namaku nana....
BalasPadaminsyaallah nak pegi lagi
BalasPadamNak ikut Tp tak berkesempatan.
BalasPadam