INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Tetap di hati...kuih lapis tradisi.


Assalamualaikum w.b.t

Zaman telah berubah ..maka teknik dan teknologi pembuatan makanan juga turut berubah. Namun begitu masih belum kedengaran nama-nama tokoh yang diangkat kerana melakukan perubahan terhadap makanan tersebut. Betul tak? Yang glamor sekarang adalah insan-insan yang menyertai rancangan reality TV sahaja.

 kadang-kadang mak long teringin juga nak tahu siapakah gerangan insan yang mula-mula mencipta resepi kuih lapis. Masa kita kecik-kecik dulu kita ingat emak kita lah yang menciptanya...wah bangga emak ku.

Walaupun terdapat beraneka jenis kuih lapis dihasilkan oleh pakar-pakar dan pengkaji kuih lapis semalaya namun kuih lapis tradisi juga yang menjadi pujaan hatiku.kenapa sebut tradisi? sebab kuih lapis dulu-dulu memang ada dua warna sahaja iaitu putih dan merah. mungkin sebab sukar hendak mendapatkan pewarna makanan ketika itu apa yang mudah dan mesti ada di setiap rumah adalah warna merah. tentunya merah sirap lah kan..selain boleh dibuat air minuman boleh juga di jadikan pewarna makanan.. Masa zaman kanak-kanak mak long sebut kuih lapis ni sebagai kuih rumah pangsa sebab bertingkat-tingkat.
kuih lapis kegemaran Adib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...