Sekian lama tidak membuat tart telur, mungkinkah masih ingat resepi dan cara membuatnya... kenalah menggeledah buku catatan lama-lama ni.
Berpeluh juga nak mengingat di mana mak long salin resepi semasa menghadiri kelas masakan ustazah Zainab bersama Ummiaiman
.Alhamdulillah jumpa pun.. itulah kelebihan membaca surah Qaf ayat 22
لَقَدْ كُنتَ فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ
Maksudnya: (Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
Apalagi..jom semak resepi Tart telur
Bahan-bahan Pastri
4 cawan tepung gandum
1/2 ketul butter
1 sudu gula aising
1 biji telur
majerin secukupnya.
Isian telur
4 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan air
pewarna kuning telur
Cara Membuatnya
1. Ramas tepung dengan butter.
2. Bancuh telur dan gula kemudian tuang dalam tepung.
3. Masukkan majerin dan uli hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
4. Tekan dalam acuan tart .
Cara membuat isian telur
1. Didihkan gula dan air( biarkan sejuk )
2. pukul telur hingga kembang, masukkan air gula yang telah sejuk , susu cair dan pewarna kuning telur.
3. Tapis dan masukkan dalam jug supaya mudah menuangkan ke dalam acuan.
Inilah doh yang telah siap di uli dan sedia untuk di tekan ke dalam acuan .
Acuan tart
Alhamdulillah ..masak sudah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan