INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

serai

Assalamualaikum w.b.t

Mengenali jenis-jenis Tumbuhan Herba ini sangat penting terutamanya untuk generasi muda . Hari ini ramai yang tidak ambil peduli tentang rupa bentuk dan jenis-jenis tumbuhan herba apatah lagi khasiatnya.

Teruja untuk menghasilkan tajuk ini kerana pernah menyuruh Angah mengambilkan beberapa batang serai di belakang rumah . ketika itu ibu sedang memasak  ( inilah punca masak tak de skema..tengah-tengah masak baru nak cari bahan masakan ..terror la konon...hu hu hu)

Dialog antara ibu dan Angah

 Ibu        : Angah ambil kan ibu dua batang serai.( Mengarah je ..)
Angah    : Kat mane bu? tanye Angah.
 Ibu        : Pokok nya kat tepi rumah yang daunya panjang-panjang
                ( menerangkan  penuh confiden.. )

beberapa ketika Angah datang dengan membawa sesuatu di tangan.

Angah    : Nah bu serai ...sambil menunjukkan sehelai daun serai .
Ibu         :  Beristighfar ...( nak marah pun tak guna,,)

Selepas sesi ceramah pada Angah pasal serai..

Angah    : Manalah Angah tau..
Ibu         : Sekarang ambil pisau dan pergi ambil 2 batang serai ..

selepas menyiapkan tugasan , Angah datang  menunjukkan hasil nya..sambil tersengeh..

Angah    :  Betul tak bu ?
Ibu         :  Terima  kasih , Ini baru betul serai yang orang guna untuk masak.
                 ( Dengan pantas membasuh , ketuk-ketuk lebih kurang dan masukkan dalam kuali..)

Moral of the story ..ajarlah anak mengenali tumbuhan..

Tentang khasiat serai boleh baca blog Laman seri


Rumpun serai


Batang serai yang telah di bersihkan dan akan digunakan sebagai ramuan dalam masakan.

Gambar ihsan Pakcik google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...