INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

 

Selamat Menjawab kertas Pendidikan Islam 

19/11/2012

Assalamualaikum w.b.t.


Anak-anakku ( khas untuk calon SPM SMK Sungai Besar)

Semasa entri ini di post tentunya anak-anak  sedang  merehatkan minda selepas bertungkus lumus menghafaz dan membuat ulangkaji berpandukan tajuk-tajuk tudingan . Buktinya tatkala jam menunjukkan jam 10.50 malam ustazah mendapat satu SMS dari seorang murid  meminta agar  ustazah mendoakannya supaya dapat menjawab soalan PAI esok hari. ( dah nak masuk tido la tu...)

Ingatlah anak-anakku

1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.

2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan

3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru

4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu

5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal

6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu

7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran 

8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca

9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu

10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah

Semoga berjaya kepada semua calon SPM 2012
"Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin "
kita hanya mampu berusaha dan bertawakal.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...