Sambal goreng jowo? saje je bubuh nama macam tu sebab yang memasaknya orang jawa lagi pun bahan utama resepi ini ialah tempe. Sudah tentu pencipta resepi ini adalah orang yang berketurunan jawa.. sudah terang lagi bersuluh.
Menu ini sememangnya favourite keluarga kami. Emak akan masak sambal begini sekiranya anak hendak pulang ke asrama untuk di jadikan bekal @ bontrot. Sambal ini tahan lama kalau disimpan. Tetapi tak tahan lama kalau dimakan. ha ha ha. Jom semak bahan-bahan resepi sambal goreng jowo .
# Maaf sesangat penulisan resepi ni tiada gabung jalin dengan matematik ( pengukuran ) cuma merentas ko kurikulum kot ( kaedah campak-campak bola )
Bahan-bahan A
Tempe
kentang/ pisang
ikan bilis
kacang tanah
Bahan- bahan B
cili kering
Belacan ( ikut suka )
bawang merah
bawang putih
minyak untuk menumis
gula
garam
air asam jawa ( jawa lagi..)
Cara-caranya
Bahan- Bahan A
1. hiris tempe dan kentang kecil-kecil dan digoreng garing dan toskan
2. Goreng ikan bilis dan kacang tanah.
Bahan- bahan B
1.Cili kering ,belacan bawang merah dan putih dikisar halus.Kemudian ditumiskan hingga naik bau.
2. masukkan garam dan gula (lebihkan gula.. orang jawa suka manis )dan air asam jawa.Biar sehingga betul-betul masak.
3. akhir sekali masukkan tempe,kacang tanah , kentang dan ikan bilis tadi.kacau sebentar.padamkan api.siap untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan