INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Pandai Masak


Assalamualaikum w.b.t
Pagi ni mak long nak berpantun ..
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh masak saya tak tahu.
Apa la mak long ni. Mana boleh ubah- ubah pantun melayu..
Tak boleh ke? ok ok kalau macam tu mak long tukar versi penjajah pulak lah..
Push the board Pull the board
Keranji food in the ship
Told me eat i eat
Told me cook i dont no. 
( OME...oh my english ) 
Teruknya...my boss said can what..( in english week )
Actually mak long nak story pasal buku resepi pertama mak long tajuknya Pandai Masak .
Buku hadiah  dari suami beberapa bulan selepas nikah.
Ha..buku masak? syukran  suka sangat..maklumlah masa tu tengah manis bagi apa pun suka..hi hi Kenapa bagi buku tu ye? haiya.. lagi mau tanya..mestilah sebab mak long tak reti masak..asyik-asyik  ikan goreng , masak sardin, goreng telur je..( tapi tak le gitu )..
Mungkin juga suami dah boleh kesan yang mak long suka masak kot..masak dan makan..sebab tu bangkak sana sini...
Sampai dah nak lunyai buku tu kan?  Awal-awal dulu mak long balut dengan kertas bunga dan balut lagi dengan plastik..Sudah-sudahnya togel je..
Bagus la tu  mak long , sebab mak long telah memanfaatkan buku yang bermanfaat itu..
Kalau nak pinjam boleh juga..tapi reti la pulangkan balik..Kekadang ada makhluk yang pinjam tapi tak reti pulang...ate kira sedekah je le kannnn..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...