Assalamualaikum w.b.t
Selepas selesai solat maghrib dapat sms dari Ummiaiman minta resepi donut segera. Termenung sejenak .. Donut segera? ada ke ? agaknya dia hendak resepi donut. hendak cepat . ada student mesir on line tanya resepi donut katanya..macam-macam lah ...
Sebenarnya mak long snap gambar donut ni dah lama tapi baru teringat untuk post dalam entry hari ini.
Bahan-bahan
500 gm Tepung Gandum
1 biji telur
50 gm majerin
11 gm mauripan
100 gm gula kastor
300 ml air
2 sudu susu pekat
1 sudu kecil softener
Cara membuatnya ( kaedah bread maker)
1. masukkan bahan basah terlebih dahulu.air dan telur
2. masukkan tepung, majerin, gula, softener .
3. masukkan mauripan (last sekali)
4. Setting menu dan start.
5. Biarkan doh kembang
6. keluarkan dan uli serta canaikan dengan kayu penggelek dan terap dengan acuan donut.
7. goreng dengan minyak penuh. 8. setelah kekuningan angkat dan taburkan dengan gula aising.
selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan