Subhanallah..Segala yang Allah  S.W.T ciptakan mempunyai kebaikan dan faedah yang tersendiri.  Begitu juga bunga matahari atau orang putih menyebutnya sebagai sun flower. 

Kebetulan semasa pulang ke kampung tempoh hari mak long lihat bunga matahari  nenek sedang berkembang cantik lantas  mak long abadikan dalam Samsung Beam .

Memetik catatan seorang blogger dari seberang gitu..dia menyatakan bahawa  kelopak bunga matahari  boleh mengurangkan masalah senggugut ketika datang haid. Ia juga dapat mengurangkan masalah penuaan sekiranya kerap menggosok kelopak bunga ini pada muka.

Bijinya pula boleh membantu menambahkan selera makan,selain dikatakan membantu merawat penyakit anemia.Sebab itu, minyak biji bunga matahari digunakan secara meluas di luar negara bagi menggantikan minyak masak biasa ataupun marjerin ketika memasak.

Kita sama-sama tunggu bila bunga matahari nak mengering dan kita kutip bijinya untuk dijadikan kuaci.