Memandangkan kena masak untuk orang dalam pantang maka Insyaallah entri hari ni mak long kongsikan lagi resepi dalam pantang. Semoga perkongsian ini dapat membantu bakal ibu atau yang memang sudah jadi ibu atau bakal nenek atau suami-suami semasa tercari-cari resepi untuk di masak untuk isteri atau anak yang dalam pantang.Teringat zaman -zaman dalam pantang lak..
SUP AYAM
Bahannya:
½ kg ayam di buang kulit
3 Ulas bawang merah di hiris
4 Ulas bawang putih di hiris
1 inci halia di pecah-pecahkan atau di hiris
Kulit kayu manis
½ sudu teh lada hitam
Bunga lawang
Daun sup di hiris
Daun bawang di hiris
Sedikit garam
Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan danke dalam periukdan di masak sehingga mendidih
2. Campurkan daun sup dan daun bawang untuk penambah selera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan