INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Aduh shakitnya...

Aduh shakitnya...Tiba-tiba Amal bertutur dengan jelas sekali.reaksi spontan.  mungkin dia terkejut .Ibu mengarahkan Adib meninjau keadaan adiknya..

Rupanya jari hantu tangan kirinya ada kesan lecur.  Barangkali terkena streka panas.  Sebenarnya kecelakaan seperti itu pernah juga terjadi sebelum ini.  Gara-gara kecuaian sohibul bait yang lain.

Baru ibu terfikir .. itulah rasionalnya di kelas PPKI ada ajar urus diri.  cara gosok pakaian sendiri dengan streka elektrik.  Bayangkan kalau anak-anak yang tak tahu risiko macam tu letak streka panas pada muka..aduhhh parah ...

ibu bapa anak-anak berkeperluan khas kena selalu pastikan keadaan rumah kita selamat.  no more benda-berbahaya seperti pemetik api, air panas, punca-punca elektrik  atau benda-benda tajam di letak di tempat yang boleh dicapai oleh anak-anak.

Pernah juga semasa pulang ke kampung, nenek pasang ubat nyamuk tanpa menggunakan bekas bertutup .  Mungkin api ubat nyamuk yang kemerah-merahan itu menarik minat Amal. 

Akibat kecuaian dari mengawasinya maka jari Amal sudah melecur.  Yang menghairankan langsung tiada tanda kesakitan diwajahnya.  Rasanya kalau kanak-kanak lain tentu-tentu  merengek seharian..

ingatan kepada kita semua bahawa malang tidak berbau.  kita perlu berwaspada selalu.

kesian Amal..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...