Judul : Suamiku encik sotong
Tulisan : Syikin Zainal
Terbitan : Buku Prima
Muka surat : 620 muka surat
Harga : RM 25.90
Cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan hobi mak long . menziarah kedai buku dan membeli novel untuk dibaca pada waktu senggang. aduhai mak long remaja senja dah ni masih minat membaca novel lagi...
pernah satu ketika seorang juru jual kedai buku bertanyakan mak long semasa sedang melihat-lihat novel di rak yang tersusun rapi dengan pelbagai novel.
Beli novel untuk anak ke? Aduh !!! Terasa pijar telinga mak long .
mahu tak mahu mak long hanya mampu tersengih macam kerang busuk ..tak perlu nak jawap soalan sebegitu..
sinopsis novel suamiku encik sotong
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica
Ulasan mak long :
* Landasan agama Islam yang kukuh mampu membendung umatnya daripada melakukan perbuatan
keji dan terlarang.
* kurang kasih sayang ibu bapa menyebabkan anak-anak akan terabai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan