Alahai... buka tudung periuk pagi tadi, terpandang seperiuk nasi sejuk .
Apa mak long nk buat niii..tentunya nasi goreng..tapi selain nasi goreng, nasi sejuk pun boleh di buat cengkodok.
Hari ini Mak long kongsi resepi cengkodok nasi perisa ikan bilis pula ye.
Bahan-bahan
1. segenggam nasi sejuk(blend bersama air sehingga hancur)
2. air
3. tepung gandum
4.ikan bilis( belah-belah)
5. bawang ( potong dadu )
6. daun sup(hiris halus)
7. garam secukup rasa.
8. Minyak untuk menggoreng
* Air panas
* 1 biji telur
cara-cara membuatnya
1. campurkan kesemua bahan dalam bekas
2. Gaul dengan air sehingga sebati
3. jemput-jemputkan menggunakan hujung jari
4. goreng dengan minyak penuh sehingga kekuningan
5. angkat dan hidangkan.
* suka hati ..nak guna boleh tak nak pun tak mengapa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan