INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Kalau hati dah suka


Lama sungguh mak long tidak mencatat sebarang entri dalam blog kesayangan hamba ini.  Tidak lah sibuk mana pun cuma malas mengatasi segalanya..
Projek baru mak long nak launch dah ni..he he suspen bunyinya kan..
Sebenarnya mak long kini  menubuhkan kelab membaca buku dengan nama "kelab buku kita". Sekadar suka-suka  dan berkongsi minat membaca novel serta mewujudkan sudut bacaan sahaja.
Buat permulaanya mak long prefer buku novel .  Mungkin kalau sambutan menggalakkan mak long akan usahakan untuk buku agama dan buku resepi pula.
Penyertaan hanya untuk warga sek mak long sahaja..jangan mareee.  Setiap individu yang berminat menjadi ahli kelab ini hendaklah membuat pendaftaran dengan sejumlah wang yang sangat rendah nilainya.
Ahli kelab juga boleh menyewa novel yang diminatinya dengan kadar sewa yang sangat 'tak masuk akal'. Bayaran sewa bergantung kepada jumlah hari pinjaman.
Semoga buku-buku ini  akan dapat menyerikan ruang bilik disamping menyemai minat membaca dalam kalangan warga sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...