Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kini mak long muncul kembali setelah lama menyepi..Menyepi kerana malas utk mengupdate blog saje..rutin harian tetap seperti biasa huhu.
Atas permintaan rakan-rakan mak long nak share resepi membuat jelly kelapa yang sungguh menyegarkan..kebetulan jelly kelapa mak long ni akan masuk pasaran( projek gerai bilik peperiksaan sempena program mencari Ramli di SMK Sg Besar)
Berikut adalah sukatan yg mak long guna untuk menghasilkan 45 bekas jelly kelapa berukuran biasa .
Bahan-bahan
2 serbuk jelly kelapa
Sepeket agar-agar tali
1/2 kg gula( ikut sedap mulut )
air
air kelapa daripada 5 biji kelapa
daun pandan
isi kelapa( untuk hiasan)
1/2 kg gula( ikut sedap mulut )
air
air kelapa daripada 5 biji kelapa
daun pandan
isi kelapa( untuk hiasan)
cara-cara membuatnya
1. Rebus air , air kelapa dan agar-agar tali
sehingga mendidih
2. Letakkan daun pandan
3. Masukkan gula
4. setelah mendidih masukkan
serbuk agar-agar jelly kelapa .
5. tuang ke dlm bekas yang
dikehendaki.
6. untuk hiasan taburkan isi kelapa
muda
# banyak- banyak maaf sebab mak long tidak memberi sukatan air. Lupa nak sukat tadi. Maklumlah pro sudah. Agak- agak hampir penuh periuk yang mak long guna tu .
selamat mencuba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan