INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Belasungkawa



Rabu- 4 Disember 2013.

Usai menjemur kain di ampaian di pagi yang dingin ( terlajak  rajin hari ni subuh-subuh dah jemur kain ) mak long  on handphone utk mengintai laman muka buku. Seorang rakan seperguruan di UKM (Ustaz Mokhtar)telah menanda mak long dan beberapa orang rakan lain dalam status muka bukunya supaya mendoakan kesembuhan seorang sahabat kami Ruzana Bt Manaf yang sedang sakit di wad ICU.

 Tanpa membuang masa mak long menghubungi seorang sahabat baik mak long Norzakiah melalui aplikasi whatsaap untuk mengesah kan berita tersebut. Sahabat mak long menjelaskan bahawa beliau di sahkan demam denggi. Wallahu aklam.

Setelah siap menyediakan juadah sarapan pagi mak long dimaklumkan bahawa sahabat kami yang sakit itu telah kembali kerahmatullah sekitar jam 8.30 pagi. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

 Buat Almarhumah Ruzana bt Manaf ku titipkan doa semoga Rohmu tenang di sana dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh. Kenangan indah bersamamu semasa menuntut di Fakulti pengajian Islam khususnya dalam jabatan bahasa dan sastera arab UKM tetap tersimpan di lipatan memoriku.

 Buat keluarga arwah semoga tabah menempuhi hari-hari yang mendatang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...