Assalamualaikum w.b.t
Maksud hadis : Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa
sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa
sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang
hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah
dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu
kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Justeru itu setiap umat Islam di atas muka bumi ini perlulah mengambil iktibar dan pengajaran supaya berhijrah mencari keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T dengan meninggalkan segala perkara buruk dan keji . Hijrahlah wahai manusia... tinggalkan segala dengki dan dendam , perselisihan faham , buangkan sifat bongkak serta kerakusan nafsu yang hina demi sebuah kehidupan yang lebih beradab dan terpuji.
Mudah-mudahan Allah S.W.T memberi ganjaran kepada orang-orang yang mahu berhijrah.
Salam Maal Hijrah ...
Nah..tengok gambar ni .ok juga kannnn....ehsan makcik google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan