Seusai meeting jan 4.00 petang , hati mak long berbunga-bunga apabila seorang teman
menghulurkan sebuah novel .Terima kasih kak Marsifah ... wah seronok juga ni...boleh buat bekalan cuti maal hijrah .
Judul : Love you Mr Arrogant
Tulisan : Aliesha Kirana
Terbitan : karya Seni Sdn Bhd
Muka surat : 462 muka surat
Harga : RM 18.00
Novel yang patut dibaca . Rugi jika tak baca...
watak utama Zafriel Irham dan Nur Zaara Amirah .
Zafriel Irham seorang pemuda kacak CEO Irham Holding anak Tan Sri Zahir dan puan Sri Maryam berubah menjadi Arrogant kerana ditinggalkan oleh teman wanitanya semasa menuntut di universiti. manakala Nur Zaara Amirah seorang gadis kampung puteri tunggal hj Muhammad Zaidi dan hjjah Amina gadis yang sangat santun dan lurus.
1. Hadry sepupu irham anak datu Halim
2. Fiz a.k.a Farizah best friend Zaara
3. Zafrina kakak irham
4. Sherry bakal menatu kesayangan Puan Sri Maryam
5. Safiya bekas kekasih Irham
6. Faisal budak programmer yang gilakan zaara
7. mak tom orang gaji
8. kak siti orang gaji
9. Mak Esah bidan kampung dan tukang urut
10. Mr Raymond bos Zaara
Sedikit review tentang novel ini. Menceritakan kisah cinta Zaara Amirah yang berpunca dari satu kemalangan kecil antara kereta Myvinya dengan kereta BMW milik irham. Irham yang bersikap Arrogant telah meminta ganti rugi sebanyak 5 ribu dalam masa sebulan.
Rentatan dari persetujuan dan janji yang telah diambil telah mengheret Zaara ke alam rumahtangga yang dibina tanpa cinta . Terpaksa mengahwini Irham yang hati kering dan ego yang tinggi.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam si ibu mertua dan Zafrina si kak ipar yang membenci dirinya . Kehadiran Hadry Sepupu Irham dan Faisal officemate Zaara yang meminati dan menaruh hati pada Zara telah mengundang cemburu dan sakit hati Irham.
Emosi Zaara juga terusik dengan gangguan Sherry bakal madunya begitu juga dengan kemunculan Safiya bekas kekasih Irham yang telah bercerai dengan suaminya . masing-masing ingin memiliki Irham .
Zaara redha dan pasrah dengan ketentuan ilahi dia rela berkorban demi kebahagiaan insan-insan yang tersayang.
Segala yang terjadi adalah suratan takdir. Kebaikan akan di balas dengan kebaikan . Saat bersedih dan berduka hanya Allah tempat mengadu. Kehilangan Zaara bersama kandunganya telah membuka mata banyak pihak tentang erti sebuah perhubungan yang suci. Alhamdulillah...Kebahagiaan menjenguk mereka di akhir cerita..
Dialog yang menyentuh perasaan kewanitaanku..
1. " kamu tengok la nanti Yam. orang yang kamu benci sangat tulah , yang akan kamu sayang nnti tengok je lah"
2. "Ya Fiz, aku memang cintakan dia . aku tak sanggup kehilangan dia. aku lebih rela berkorban dan dimadukan , dari ditinggalkan ,"
3. "Abang bersyukur pada Allah kerana dikurniakan isteri sebaik zaara. Abang janji akan membahagiakan Zaara hingga akhir nyawa"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan