INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Kepentingan blog sekolah




Macam tajuk karangan je ...macam nak jawab exam je...macam serius je....he he

Sembang-sembang yang agak berangin  antara mak long dan Ummuaiman pagi tadi telah mengundang keinginan mak long untuk menulis pendapat peribadi mak long berkenaan  blog atau laman web sekolah.  Tapi mak long tak tau nak mula dari mana .
 
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini ,  pembinaan laman sesawang dan blog seperti sudah menjadi syarat wajib bagi  sekolah-sekolah di dunia ini .  Buktinya apabila kita seach google laman web sekolah maka akan tertera la segala macam laman web sekolah serata tempat..kalau berminat boleh klik dan baca...

Pada pendapat mak long blog adalah sumber informasi yang lebih pantas dan up to date berbanding buletin yang dikeluarkan  secara bulanan dan majalah sekolah yang dikeluarkan setahun sekali. 

Melalui laman blog  juga murid,guru , Ibu bapa mahupun orang awam dengan mudah dapat mengetahui profil sekolah ,pencapaian dan maklumat terkini yang berlaku di  sekolah  tersebut tanpa perlu pergi ke sekolah  dan mewawancara pihak sekolah .  mereka hanya perlu mengaksesnya dari mana-mana lokasi mereka berada.

Para hakim penilai pun boleh risik-sisik tentang sekolah yang hendak dinilai melalui laman webnya terlebih dahulu sebelum datang menilai ke sekolah tersebut..amacam,,,bernas tak????

Murid-murid yang wajah mereka terpampang beserta entri terpilih pastinya tersenyum meleret ..bangga sangat...sah-sah mereka akan menjadi pengunjung tegar blog sekolah untuk membelek wajah-wajah lain pula yang bernasib baik . syabas....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...