Habibi mak long telah ditanya oleh salah seorang muridnya tentang hikmah memelihara janggut mengikut kajian sains..maklumlah habibi cikgu sains.. . hayyooo nak jawab secara fakta atau auta
he he...
Selama ni mak long tau bahawa memelihara janggut adalah sunnah Nabi S.A.W..dan selalu mak long terfikir untung lah orang lelaki boleh bela janggut. Namun seorang isteri pun boleh dapat pahala sunat dengan cara membelai janggut suaminya...auw.. auw
Teringat sebuah kisah masa study dulu..seorang tutor mak long Ustaz Zaki namanya melontarkan soalan cepu mas kepada group tutorial kami..soalan beliau berbunyi begini ..antara lelaki dan perempuan siapa paling cantik? kami menjawap serentak tentulah perempuan..Namun ustaz menafikan jawapan kami..Jawapan yang betul adalah lelaki...sebab lelaki ada misai dan janggut yang menjadi perhiasan semulajadinya..
Jom tambahkan maklumat dengan membaca blog seorang blogger ni tentang janggut .
Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri
Menurut Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor
perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu
ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai
khasiat janggut.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari
Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul
The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi
hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu
menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Wahai kaum Adam berlapang dadalah untuk membela janggut untuk merebut pahala sunnah nabi
S. A.W..di samping anda akan kelihatan lebih macho ...wallahh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan