INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Cengkodok kentang

Assalamualaikum w.b.t


Entri ini dah  tertunda beberapa hari..sorry la ye..
Menu ni namanya cengkodok kentang.  menu ni asalnya dari seorang rakan mak long ( Kamisah Bt Husin ).  Mak long dapat resepi ini semasa belajar di tingkatan 6 atas.

Menurut rakan mak long yang kini bertugas di Universiti Malaysia Sabah,   resepi cengkodok kentangnya telah sampai ke scotland. Rakan-rakanya yang belajar di sana akan menyediakan menu cengkodok kentang sekiranya kekurangan wang. .aduhai la...
Yang penting perut kenyang..

Tapi yang mak long kongsikan di sini adalah resepi cengkodok kentang versi mak long .

Bahan - bahan

Tepung gandum
Kentang dipotong dadu
Ikan bilis jika suka
telur
Bawang jika suka
garam secukup rasa
daun sup dipotong
air panas
minyak untuk menggoreng

cara membuatnya

-bancuh kesemua bahan dengan air panas
-jemput-jemput kan adunan dan masukkan ke dalam minyak panas
-goreng menggunakan minyak penuh sehingga kekuningan
-angkat dan hidangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...