Assalamualaikum w.b.t
Terpandang sekotak tepung naik sendiri yang masih belum dibuka di sudut gerobok. pastinya tepung tu mak long beli semasa shopping raya 2 bulan lepas.
Apa pula resepi yang nak di olah dengan tepung naik sendiri. Mak long teringat ada butter dalam peti ais. telur pun ada banyak lagi.
Mak long nak try membaking butter cake yang sampoi.
Bahan
250 gm butter..mak long guna buttercup
250 gm tepung naik sendiri
4 biji telur
180 gm gula castor
Esen vanilla
1/2 cawan susu segar
Pewarna makanan
Cara membuatnya
1.pukul butter dan gula sehingga kembang
2.masukkan telur sebiji demi sebiji
3.masukkan tepung .esen vanilla .susu segar dan pewarna kesukaan
4.masukkan dalam loyang
5. bakar dengan suhu 160 darjah celsius selama 30 minit.
selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan