Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan telah meninggalkan kita ketibaan Syawal pula sangat di nanti oleh sebahagian besar umat Islam . Ketika ini kita sedang asyik dengan aktiviti makan-makan . ziarah menziarahi sanak saudara dan rakan taulan serta acara" open house" . namun jangan kita alpa bahawa terdapat amalan yang dituntut ketika berada didalam bulan ini iaitu puasa enam hari di bulan Syawal.
Kelebihan orang yang melakukan puasa sunat di bulan ini telah dijelaskan di dalam hadis
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya
dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang
tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Marilah saudaraku kita berpuasa enam hari di bulan syawal..semoga amalan kita diterima Allah Aminnn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan