INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Tapai pulut


Assalamualaikum w.b.t

Petang ini berkunjung ke rumah ustazah rohaidah Ahmad di Taman Perdana kerana ada sedikit urusan.  Alhamdulillah  bestnya.... dapat merasa tapai pulut buatan bonda beliau.  serius manis..
Layan gambar je la ye..saje mak long bikin ummiaiman terliur hi hi

Resepi Tapai pulut( versi banjar)

2 kg beras pulut
1 biji ragi
Air kapur
Lada hitam
Air perahan cekur manis

Cara membuatnya

1. Kukus beras pulut sehingga masak
2. Renjis dengan air perahan cekur manis untuk mendapatkan warna hijau
3. Kukus semula
4. Sejukkan beras pulut yg telah masak
5. Taburkan ragi dan biarkan sehingga sejuk

1.  Celupkan tangan ke dalam air kapur yang bercampur lada hitam
2.  Jemput dengan tangan untuk membungkus.
3.  simpan di tempat yg sesuai

* petua..letakkan cili kering dan bawang  di tempat penyimpanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...