INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

NOTA HADITH TINGKATAN 4

TAJUK : HADITH (MAKANAN YANG BAIK)


 gambar ehsan dari blog PPIM



MAKSUD HADIS
Daripada Abu Hurairah R.A. meriwayatkan katanya Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Allah itu baik Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul dengan firman-Nya : Wahai sekalian rasul ! Makanlan makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi : Wahai sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit ( berdoa ) Wahai tuhanku ! Wahai tuhanku ! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram. Makan bagaimanakah akan aku perkenankan doanya.



Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram

1. Menjaga kesihatan badan
2. Memelihara kewarasan akal
3. Dimakbulkan doa
4. Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
5. Menjauhkan diri daripada seksa neraka

Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah ialah sebagai penyebab dimakbulkan doa

Syarat rukhsah memakan dan meminum makanan yang haram

1. Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja
2. Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
3. Makan atau minum bukan untuk kenyang

Hikmah rukhsah memakan dan meminum yang haram di dalam keadaan darurat

1. Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
2. Melambangkan ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.

Pengajaran hadith

1. Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan atau minuman yang halal supaya
    kesihatan terjamin.
2. Umat Islam Wajib menghindari makanan atau minuman yang haram agar hidup 
    terpelihara daripada dosa.
3. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih supaya maruah 
    terpelihara.

TAJUK : PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

Sifat-sifat umat Islam yang menghalang kemajuan

1. Dengki (al-hasad)
2. Benci-membenci (al-ghadhab)
3. Menipu (al-najasy)
4. Berpaling muka
5. Jual beli (diatas jualan orang lain)

Sebab umat Islam haram bersifat hasad, menipu, berdusta dan membenci

1. Perbalahan dan permusuhan dalam persahabatan
2. Suka melihat orang lain susah
3. Mementingkan diri sendiri

konsep perpaduan dalam islam

semua umat islam bersaudara tidak mengira bangsa, warna kulit dan keturunan.

Cara memupuk perpaduan

1. Memupuk kasih sayang di antara anggota masyarakat
2. Mengamalkan sikap tolong-menolong dan saling bekerjasama
3. Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka
4. Bertolak ansur dan prihatin terhadap masalah jiran dan masyarakat
5. Mengamalkan budaya ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjung
6. Bersikap patriotik dan sayangkan negara.

Pengajaran hadith

1. Umat Islam mestilah bersatupadu supaya negara stabil.
2.Umat Islam mestilah menjauhi sifat dengki-mendengki kerana sifat tersebut boleh
    menghancurkan ukhwah islamiyyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...