INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

JEREBU

Assalamualaikum w.b.t
Masyaallah ... Semua sekolah di Selangor dan k.l diarahkan tutup..so ramai la anak- anak murid dan rakan taulan menelefon untuk comfirm hal ni..kita cuti hari ni tapi kena ganti..melainkan sekolah yang memang ambil cuti peristiwa sempena hari sukan pada hari ahad..huhu..
Bahaya terdedah kepada jerebu dalam jangka masa yang lama. so no outdoor activities...kalau sekolah tak di tutup takut-takut pengunjung hospital pula yang berderet..kann
Entri hari ni mak long nak kongsikan nasihat bagi menghadapi situasi  jerebu. .

GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.
ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa
dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap
vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...