INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

ibda' bi nafsi

Assalamualaikum w.b.t

Mesyuarat Agung kali ke-14
Tarikh   :16 mac 2013
Tempat : Dewan SRA Ehyaul Falah Pekan Sungai Besar.

Alhamdulillah  dengan izin Allah s.w.t dapat meluangkan masa menghadirkan diri dalam mesyuarat Agung PIBG SRA Ehyaul Falah pekan Sg Besar.

Bukan bicara politik yang di lontarkan oleh perasmi Tn Hj Fazlin Bin Taslimin namun semuanya bingkisan semangat  dan motivasi kepada ibu bapa supaya mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah.

cabaran kepada ibu bapa..satu rumah satu hafiz atau hafizah al-Quran..masya allah...

Antara yang mak long dapat catat dan share kepada semua :

-Solat
Jangan sesekali ibu bapa meringan-ringankan  solat.  didik anak -anak solat.  Pastikan anak-anak solat walaupun anak telah dewasa.

-Baca al-Quran
membaca al-Quran di rumah  supaya menjadi ikutan anak-anak.

-Doakan anak-anak.
Sentiasa mendoakan anak- anak terutama dalam solat.

-Ambil berat terhadap anak-anak.  ambil tahu kemana anak- anak pergi dan siapa rakan-rakanya.

-Banyakkan membaca kitab agama.pembacaan yang bermanfaat supaya dapat menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah. 

-Banyakkan ibadah sunat seperti solat sunat,puasa sunat dan membaca al-Quran.

Mudah-mudahan menjadi amalan..

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...