INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Arrow oh Arrow

Assalamualaikum w.b.t

Hasil kesungguhan dan kecekalan tidak mengira  masa dan cuaca Along telah berjaya meraih tempat ke empat dalam Mahrajan memanah MSSD 2013 yang telah berlangsung di SAM Sg Hj Dorani .  Dengan itu telah melayakkan dirinya menjadi wakil Daerah ke MSS 2013.

Balik je terus merengek minta beli arrow..bingit telinga mak long..mana den nak cari benda Allah tu kat Sg Besar ni..pandai lak dia suggest mak long pergi ke bandar untuk beli benda tu..Feninnnn

Jumaat petang mak long meluahkan isihati dengan menghantar SMS kepada seorang rakan  yang mana puteri-puterinya juga mengambil bahagian dalam acara memanah.

Subhanallah..Allah telah memudahkan urusan mak long..kebetulan suami rakan mak long sedang menuju ke outlet yang menjual peralatan tersebut..pucuk dicita ulam mendatang..mak long tak lepaskan peluang terus meminta jasa baik rakan tadi inform pada suaminya supaya belikan untuk Along sedozen arrow karbon..

Alhamdulillah dapat juga arrow yang dihajati itu dengan harga RM 202.   nak beli lagi katanya .. mak long pikir siapa la pula yang nak pergi membeli ke sana lagi..nak tak nak terpaksa la menggoogle . Alhamdulillah jumpa blog mzi sport. lepas ni boleh la beli online je kan..

Cuti sekolah sempena CNY ni dipenuhi dengan latihan pusat ..dah gelap muka anak bujang mak long weiii..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...