INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Kenali kompang

Assalamualaikum w.b.t

 Apa yang maklong tahu tentang kompang? jawapanya "zero" orak reti opo-opo..hanya pernah mendengar paluannya sahaja. kesiannnn

Kenapa  Mak long sangat teruja nak tahu pasal kompang ...kenapa ye? jawapanya adalah kerana tahun 2013 mak long telah dilantik sebagai guru penasihat kelab kompang dan marhaban.

Kalau nak join maklong jomlah kita meng'google'..

 Rupa kompang yang orang selalu tepuk tu cam ni la.
Kompang menurut Makcik Wiki

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini deletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.



 faham tak?  kita sambung kuliah kompang di lain masa ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...