INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Mengkudu

Assalamualaikum w.b.t



Ramai orang bercakap tentang khasiat daun dan buah mengkudu. Dalam bahasa jawa di sebut buah pace. Di kampung masih ada banyak lagi spesis mengkudu ni. Gambar buah mengkudu di bawah ni mak long snap semasa aktiviti memancing di parit 2 1/2 Sungai Haji Dorani .


Hasil carian di google mak long dapati bahawa daun mengkudu boleh di jadikan ulam atau kerabu. Manakala buahnya sangat berkhasiat untuk meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta urat saraf. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.

wa allahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...