INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Belajar jawi



Assalamualaikum w.b.t


Apa mak long nak tunjuk dalam gambar ni ye ?Cik abang botak atau bangunan yang tersergam tu? Tengok tajuk entry la kawan...

Terdapat kesalahan ejaan jawi pada papan tanda gedung Jakel Sungai Besar kalau gambar kurang jelas try zooom ye. kalau masih tak nampak dengan jelas jika lalu depan kedai tersebut tolong dongak ke atas dan perhatikan .

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? syarikat yang mengambil tempahan membuat iklan,Pemilik premis atau sistem pendidikan? Sebenarnya Mak long tabik kepada individu atau syarikat yang berusaha untuk memartabatkan tulisan jawi setelah sekian lama malap.

Belajar lah...sekarang bukan zaman Ali Baba bujang lapok dalam cerita P.Ramlee . Zaman tu belum ada guru yang mengajar tulisan jawi, internet jauh sekali. Zaman sekarang segalanya di hujung jari anda.

 Kalau nak cuba menulis jawi walaupun kadang-kadang kaedahnya kurang tepat tapi boleh lah...KLIK SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...