INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2012





Foto hiasan


Assalamualaikum w.b.t

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR TAHUN 2012

UPSR 2012 akan diumumkan pada hari Isnin iaitu 19 November 2012.

Ibu Bapa dan penjaga murid tahun 6 tahun 2012 boleh membuat Semakan keputusan UPSR 2012 dan boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 November 2012 selepas jam 10 pagi.

 Bagi kemudahan calon sejumlah 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online

 Semak Keputusan UPSR Secara Online

Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka.



Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.


Semak Keputusan UPSR Secara SMS

1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Segala keputusan UPSR 2012 yang bakal diumumkan, terimalah dengan hati yang terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...