INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Rendang daging berkuah

 Assalamualaikum w.b.t

Hari ini mak long nak merendang daging korban. rasanya nak jadikan rendang ni berkuah sikit sebab boleh mencicah nanti..biasanya untuk mencicah roti atau lempeng.

 In sha Allah kali ini mak long cuba sukat bahan-bahan dalam resepi ini. kerana mak long pernah ditegur oleh seorang rakan kalau nak bagi resepi bagi la sukatannya..

Terima kasih atas teguran tersebut. ok mari semak bahan - bahan nya.

Bahan- bahan

1 kg daging - dipotong kecil-kecil
1 peket kecil kerisik
1 kotak santan kelapa
garam
gula
sedikit air asam jawa

Bahan Kisar :

3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1/2cm halia
1/2cm lengkuas
12 biji cili kering ( rebus dahulu ye..)

Bahan Mayang

3 helai daun limau purut atau 1 helai daun kunyit

Cara-cara

1. Tumis semua bahan yang di kisar sehingga naik bau.
2. masukkan daging dan masak sehingga lembut
3. masukkan santan, air asam jawa garam dan gula.
4. masukkan kerisik dan kacau hingga rata.
5. Taburkan bahan yang di mayang dan kacau lagi .
6. jika mahu rendang itu kering biarkan dia di dalam kuali lebih lama.


Alamak sorry menghidang orang kampung style je..

2 ulasan:

  1. sedap bagi orang lapar..tak dapat nak hantar ke taman purnama 3 la..wes entek..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...