INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Penderhakaan terhadap crepe durian.

Ampun patik wahai raja buah..patik terpaksa menderhaka kepada tuanku. penderhakaan patik adalah sangat berasas  tuanku.
Adapun patik amat tidak suka akan tuanku.  Sedari kecil patik sudah membenci bau tuanku.  Adalah yang demikian itu patik berhasrat untuk menggulingkan tuanku.   Segera siapkanlah segala hulubalang tuanku demi melindungi takhta kerajaan buah tuanku.  Patik akan menyerang sebentar saja lagi.
Ingatlah tuanku..patik sendiri akan menabalkan spesis buah yang sama sekali bukan dari keturunan tuanku untuk patik jadikan crepe  .  Ampun patik tuanku...


Apa mak long merepek petang-petang yang mendung ni...apa sebenarnya berlaku? cecite...
Glamor sungguh si crepe durian la ni wehhh..macam selebriti..Memandangkan mak long tak makan buah durian maka mak long tak ambil kisah sangat.  Namun semenjak beberapa hari ini mencanak-canak orang tulis pasal crepe durian kat status FB masing-masing .

emmm. sebagai food lover hati mak long rasa tak puas kalau tak cuba masak crepe.  Bersunggug-sungguh mak long berjoging dari blog ke blog untuk merialisasikan impian mak long.
Maka terjumpa la resepi crepe durian dalam blog seseorang.  dia tulis boleh tukar durian dengan strawberry, mangga , pisang ect.

wah !!!!! macam nak terbang rasa diri ini.  bestnye..
Mak long semak bahan-bahannya..Alhamdulillah..semua ada dalam gerobok( dah terlalu lama tak sebut gerobok) mak long kecuali buah.
kalau guna buah dalam tin aje boleh kot..fikir mak long..
Tengahari itu juga mak long serbu supermarket Big yang baru di buka di Sabak Bernam ( kebetulan pergi kenduri di Bt 38 ) .  Melilau mencari buah dalam tin..terjumpa buah peach..rasanya mak long dah jumpa..
Sampai rumah terus mak long berteraphy di dapur.  excited nak menobatkan "crepe peach" sebagai crepe yang pertama di dunia yang di hasilkan oleh seorang mak long....

hasilnya selepas 4 jam dok dalam  peti ais




herot -herot pun ok lah..first time buat..


masa crepe dok dalam kuali

2 ulasan:

  1. Hahaha...penulisan terbaik...i like...tersenyum sy walau stressssss

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...